NOVEMBER 2023

PMX Tiba Di Kuching


KUCHING, 28 Nov: Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar Ibrahim dan isteri, Dato’ Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK) jam 6.03 petang bagi lawatan kerja di sini.

Beliau turut dijadualkan menghadiri Gala Dinner, Global Muslim Business Forum 2023 bersamasama dengan wakil Presiden Republik Indonesia, Tuan Yang Terutama (TYT), Prof. Dr. (H.C.) K.H. Ma’ruf Amin bertempat di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK), malam ini tadi. 

Ketibaan beliau dan rombongan di LTAK disambut oleh Premier Sarawak Tan Sri Datuk Patinggi Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg dan Menteri di Jabatan Premier Sarawak, Dato Sri John Sikie Tayai selaku menteri pengiring.

Sumber dari : Sarawakku